Wednesday, January 14, 2009

ALAHAI... SIKAP MANUSIA

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu :


1. Gelojoh ketika makan :
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap :
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah :
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki :
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: "Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim)".

5. Kedekut & bakhil :
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah :
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia :
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong :
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri :
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak :
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


p/s : 10 sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

MAYAT PALESTIN BERTERBANGAN






SATU letupan berlaku dekat sebuah masjid di Bandar Gaza semalam.
GAZA - Sebuah jet Israel mengebom satu tanah perkuburan di Gaza semalam menyebabkan sejumlah anggota badan manusia berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.
Selepas serangan itu, beberapa penduduk mengutip bahagian badan manusia yang bertaburan sebelum meletakkan ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk akibat letupan bom tersebut.
"Keseluruhan Gaza kini menjadi tanah perkuburan," kata seorang penggali kubur, Salman Omar.
SEBAHAGIAN penduduk melihat kawah yang terbentuk akibat dibom jet Israel di kawasan perkuburan Sheikh Radwan, Bandar Gaza semalam.
Seorang penduduk berkata, kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.
"Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan kami meletakkan ia ke dalam beg plastik," kata seorang penduduk, Ahmad Abu Jarbou.
Ahmad memberitahu bahawa seorang jirannya menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya.
"Jiran saya juga terpijak cebisan daging manusia ketika dia keluar untuk melihat apa yang berlaku," jelasnya.
Tentera Israel berkata, pihaknya mengebom sebuah tempat simpanan senjata yang terletak berhampiran dengan tanah perkuburan tersebut.
Menurutnya, satu lagi serangan berhampiran menyasarkan satu lokasi yang digunakan oleh pejuang Hamas untuk melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan tentera Israel masih diteruskan semalam dengan angka kematian melepasi 1,000 orang. - AFP


DOAKAN MEREKA DICUCURI RAHMAT...AMINN

Tuesday, January 13, 2009

HARI YANG MARAH/GERAM/SAKIT HATI/BENGANG/INDAH TEPUK DADA TANYA HATI

ASALAMULAIKUM... SELAMAT PAGI KPD PEMBACA BULETIN PENDUDUK PRIHATIN..

ALMAKLUMLAH.....Hari ini mungkin anda ada tergolong dalam situasi ini....oleh itu kita perlu bertanya apakah sebabnyer...tepuk dada tanya iman

Hari ini,adanya yang bengang apabila kereta di klap oleh BPH...jangan bersikap terburu kerana mesti ada sebabyer....nak marahkan ajk blok... tak patut kerana mereka menjalankan tugas kerana mereka sering kali menerima aduan....ucapan tahniah kpd yg membuat complain.





Itulah coretan untuk hari ini, sekian terima kasih

Monday, January 5, 2009

Cerita Pasal Kunci.. BERHATI - HATI

Hari ini, detektif rasa anda semua perlu tahu bahawa kayu ais cream boleh di buat kunci TAK PERCAYA mari kita saksikan sedutan Video INI..

NOTIS BARANG TAK DITUNTUT































Kepada sesiapa yang kehilangan barang keperluan ini sila hubungi balai polis yang berhampiran... TQ

Hari ini sungguh mengecewakan...

Tarikh 6-1-2009, bermula era baru dimana detektif akan memerlukan siasatan berkenaan orang yang buang sampah merata-merata. ketika ini sikap membuang sampah merata-rata telah menjadi amalan di presint 14. Jangan terkejut gambar anda diambil...

Kepada Ibubapa yang membuang sampah di rumah sampah dinasihatkan membuang dengan cara yang betul..kerana sampah diletakan di bawah, tidak dimasukan kedalam tong sampah. Ini kerana bau busuk dan sisa bersepah disebabkan kucing atau anjing mencari makanan.. SEDARKAH ANDA !!!

Friday, January 2, 2009

MUSIM ANAK NAK SEKOLAH

Mungkin kepada anak yang kecil lagi tak tahu apa ertinya pengorbanan, kesusahan mak/ayah menghantar kesekolah.. mak/ayah sangup menunggu diluar kelas melihat gelagat anak meraka di kelas.. ibu bapa terpaksa mencari wang berlebihan atau mengikat perut untuk kesenangan anak mereka. Sesunguhnya kita pun berbuat bergitu.. dan sekarang kita alaminya...

Kita harusla, bersama mengingati memori zaman kecil.... dahulu Adakah kita pun sebegini rupa ?

Renung-renungkan dan Fikir-fikir kan

KURANG YER NYAMUK MALAM NI....





Tetapan hari ini, 02/01/2009







Malam ni detektif rasa tido nyenyak kerana tindakan pihak kesihatan membuat forging ( halau nyamuk mengunakan asap ) kalau tak silap. Tetapi kepada yang tinggal kat atas tak tau la, kalau tak silap sembur kat bawah nyamuk naik atas sesiapa rumah kat atas mesti banyak nyamuk BETUL TAK ?






Detektif bukannya nak complaint tapi kebanyakan penghuni mengeluh nyamuk masuk umah walaupun semua tingkap dan pintu ditutup...






Tetapi ucapan SEKALUNG TAHNIAH kepada pihak kakitangan Kesihatan kerana meluangkan masa melakukan kerja-kerja FORGING bagi menjaminkan kesihatan prisint 14 terhindar dari nymuk aedes dan penyakit chikunya

Untuk pengetahuan tuan/puan demam denggi dan penyaki chikunya adalah "MERBAHAYA"

Thursday, January 1, 2009

Tindakan Pantas Kakitangan Penyelenggaraan.

Pada 31/12/2008 Ucapan Tahniah kepada pihak penyelenggaraan kerana berjaya menyelesaikan masalah saluran paip kumbahan tersumbat di blok D. Tindakan pantas itu mengurangkan bau busuk di sekitar paking motor blok D.

Selamat Tahun Baru 2009

Ucapan Tahun Baru kepada yang melayari blog penduduk prihatin.


CELOTEH TAHUN BARU 2009

Suasana hari Tahun Baru Sunguh meriah...tetapi ada eksiden yang kurang baik di PRESINT 14.
Antaranya ialah :-

1) Permainan bunga api ( mercun Bola )
- Yang menghirankanya bapak budak yang main. Tapi diorangni tak tau ke dah malam ramai anak nak tido,Tak Paham ker....!!!!

ok la celoteh hari ini... harap harap semua paham kan semua dah beso.